Wednesday, May 16, 2012

Refleksi 10: Takwim Tahunan


Bulan
Aktiviti
Tindakan
Januari
·         Pendaftaran dan sesi suai kenal
·         Minggu orientasi
1.      Menyediakan profil setiap kanak-kanak.
2.      Membuat penyelarasan aktiviti supaya hari pertama persekolahan tidak jadi kelam kabut.
3.      Menyediakan keadaan persekitaran yang kondusif dan dapat menarik minat kanak-kanak hadir ke tadika.
4.      Perkara rutin yang perlu diamalkan oleh kanak-kanak di tadika.
5.      Persediaan menghadapi ibu bapa terutama semasa proses membuat bayaran yuran contoh menyediakan wang kecil.
Februari
·         Mesyuarat PIBG
·         Menyambut maulidur Rasul
1.      Pengurus tadika perlu menggubal dan menggariskan undang-undang dan perlembagaan bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru tadika.
2.      Menyambut Maulidur Rasul bersama kanak-kanak tadika dengan bercerita kisah Nabi Muhammad s.a.w dan selawat.
Mac
·         Gotong-royong
·         Sambutan hari jadi kanak-kanak 1
1.      Mengadakan gotong-royong membersihkan bilik darjah dan kawasan sekitar tadika bersama kanak-kanak.
2.      Menyambut hari jadi kanak-kanak dengan mengumpulkan 3 bulan sekali kanak-kanak yang menyambut hari jadi.
3.      Menyediakan aktiviti sambutan, tempat, makanan dan kek hari jadi.
April
·         Lawatan 1
·         Pertandingan mewarna

1.      Lawatan ke zoo.
2.      Mengadakan pertandingan mewarna antara kanak-kanak.
Mei
·         Hari sukan/sukaneka/hari keluarga
·         Perjumpaan dengan ibu bapa
·         Sambutan hari guru
1.      Mengadakan hari suka dengan melibatkan ibu bapa atau penjaga.
2.      Menentukan aktiviti dan permainan yang akan dijalankan.
3.      Menyediakan peralatan sukan.
4.      Menyediakan hadiah.
5.      Menjaga kebajikan dan keselamatan kanak-kanak.
6.      Mengatur jadual berjumpa dengan ibu bapa bagi membincangkan kemajuan dan masalah perkembangan kanak-kanak daripada pelbagai aspek.
7.      Mengadakan majlis sambutan hari guru setiap tahun pada 16 mei.
Jun
·         Sambutan hari jadi kanak-kanak 2
·         Program kitar semula
1.      Mengadakan majlis sambutan hari jadi bagi kanak-kanak yang lahir pada bulan 4,5 dan 6.
2.      Menjemput Jabatan Alam Sekitar bagi menerangkan kepentingan kitar semula.
Julai
·         Lawatan 2
·         Hari bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat
1.      Mengadakan lawatan ke Pusat Sains.
2.      Menjemput Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Ogos
·         Minggu kesihatan
·         Menyambut hari kemerdekaan
1.      Menjemput  Jabatan Kesihatan
2.      Menyambut hari kemerdekaan bersama kanak-kanak tadika.
September
·         Sambutan hari jadi kanak-kanak 3
·         Hari asah bakat/hari kebudayaan
1.      Menyambut hari jadi kanak-kanak yang lahir pada bulan 7,8 dan 9.
2.      Mengadakan program seperti bercerita, bersajak, menyanyi dan menari, bersyarah dan sebagainya.
Oktober
·         Ujian tahunan
·         Hari terbuka
1.      Mengadakan penilaian prestasi kanak-kanak
2.      Ujian ringkas.
3.      Mengadakan hari terbuka, menjemput ibu bapa atau penjaga.
November
·         Hari konvokesyen
1.      Acara tahunnan bagi meraikan kanak-kanak tamat pengajian di peringkat tadika.

Refleksi 9: Mengurus Sajian Makanan.

Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Ibu bapa juga perlu terlibat secara langsung dalam program pemakanan ini. Makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Pakar kesihatan dan pendidik sedar dan melatih orang-orang dalam bidang pemakanan ini.

Mengurus Sajian Makanan

kriteria yang perlu diambil kira adalah:

  1. perancangan pemakanan.
  2. prosedur-prosedur perancangan makanana.
  3. pengetahuan dalam pemakanan.
  4. kakitangan pengurusan pemakanan.
  5. pengendalian semasa kanak-kanak makan.

jenis-jenis makanan seimbang
Saranan pengambilan makanan
Pemakanan kanak-kanak termasuk kumpulan makanan yang memberi tenaga (karbohidrat), protein, lemak, vitamin, mineral, serat dan air.

karbohidrat
50%      Metabolik basal
5%        penghadaman makanan
25%      Aktiviti fizikal
12%      Pembesaran tisu
8%        Pembuangan najis.

Protein
Bayi 6 bulan ke atas (2.2g/kg), kanak-kanak 2 g/kg dan menurun sehingga 0.8 g/kg bagi dewasa.

Air
70-75% air di dalam badan.
Bayi mengambil air 10 hingga 15% daripada berat badan orang dewasa mengambil air hingga 4% daripada berat badan.

Vitamin
A                          700-1000 (ug RE)
B1(Thiamine)         1.2-1.4 mg
B2(Riboflavin)        1.4-1.6 mg
B3(Niacin)              16-18 mg
B5(Folancin)          300-400 ug 
B6(Pyridoxine)       1.6-1.8 mg 
B9(Folic Acid)       180-200 mcg
B12                        3 ug

Mineral
kalsium                 800-1200 mg
zat besi                 10-18 mg
magnesium            250-359 mg
zink                      10-15 mg
iodin                     120-150 ug
kuprum                  1.0-1.5 mg
selenium                0.02-0.08 mg
potassium              550-1650 mg
klorida                   500-1500 mg
sodium                   250-750 mg

Kepentingan makanan seimbang
  1. Dapat memberi tenaga yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak dalam aktiviti belajar sambil bermain.
  2. Dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta sembuh daripada luka ataupun penyakit.
  3. Ia penting bagi pembinaan badan dan juga pembesaran yang baik.
  4. Memberi bekalan zat nutrient yang penting sebagai simpanan semasa peringkat umur remaja dan dewasa.
  5. Otak dapat berkembang dengan sihat dan cerdas
  6. Menggelakkan daripada penyakit kekurangan zat makanan, pucat dan bantut.

Tuesday, May 15, 2012

Refleksi 8: Mengurus Pemasaran

Secara amnya, pemasaran adalah proses menyampaikan maklumat kepada umum dan dalam konteks penubuhan tadika ia merujuk kepada khasnya kepada ibu bapa. Pengurus tadika perlu berpengetahuan berkenaan soal pemasran bagi memastikan tadika mempunyai pelanggan yang dapat menjayakan perniagaan yang dijalankan.

MENARIK PELANGGAN
Pengurus perlu menarik perhatian pelanggan dengan menonjolkan keunggulan tadika. Ini menjadikan pemasaran satu aspek pengurusan yang penting melibatkan pelbagai aktiviti yang dirancang khas.

sebelum merancang aktiviti pemasaran pengurus perlu mempunyai maklumat berikut:

  • kenal pasti siapa pelanggan, tahap pendidikannya dan pekerjaan.
  • perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.
  • anggaran sosioekonomi pelanggan.
  • perkaitan lokasi tadika dan pelanggan.
  • metode bagi menyampaikan maklumat kepada pelanggan.
  • kebaikan dan keistimewaan tadika.
  • persaingan dengan tadika sedia ada.
  • imej tadika yang ingin dikenali.
  • bajet pemasaran.
Menyampaikan maklumat.

Maklumat berkenaan tadika perlu disampaikan kepada pelanggan dengan cara yang tepat, jelas dan senang difahami. Antara stratgi yang boleh digunakan adalah menggunakan iklan melalui bhan bercetak seperti brosur, kain rentang dan media (surat khabar, radio, televisyen). Aktiviti-aktiviti tadika seperti sukan, hari graduan, hari perjumpaan ibu bapa juga  boleh dijadikan saluran pemasaran yang baik erana pada masa-masa itu pengurus dapat berkomunikasi secara langsung dengan ibu bapa. Tadika boleh juga dipromosi secara tidak langsung melalui komuniti ataupun pelanggan lama (mulut ke mulut). 

ini merupakan banner yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami. setiap perkhidmatan yang kami sediakan dan maklumat tambahan terdapat di sini termasuk juga no. telefon yang perlu dihubungi.

Refleksi 7: Pengurus Tadika

Pengurus tadika adalah orang yang penting kerana keseluruhan perjalanan tadika bergantung pada pengurusan yang cekap. Dengan kata lain, beliau adalah pemimpin. Kunci kepada pengurusan tadika yang berkesan adalah ketrampilan pengurus sebagai pemimpin yang baik. Memimpin adalah proses mengarah dan mempengaruhi orang lain dengan menggunakan bakat, maklumat dan kemahiran berinteraksi. pengurus tadika perlu mempunyai kefahaman dan mengamalkan gaya dan ciri kepimpinan yang bersesuaian.

secara amnya terdapat 3 jenis gaya kepimpinan yang boleh diamalkan oleh pengurus tadika iaitu autokratik, free rein dan participative.

Autokratif

  • pengurus ataupun pengusaha yang bersifat autokratif mementingkan kuasa mereka dalam organisasi. Fokus pengurusan adalah lebih pada pelaksanaan tugas daripada perasaan pekerja. Keutamaan adalah pada penyempurnaan tugas yang diberi.
Free rein
  • pengurus yang memimpin secara free rein memberi kebebasan sepenuhnya kepada kakitangan dalam melaksanakan tugas. Pandangan dan penglibatan pekerja memainkan peranan utama dalam penyelesaian tugas.
Participative
  • Pengurus yang mengamalkan gaya ini membuat keputusan bersama-sama kakitanganya. Namun penglibatan kakitangan adalah pada tahap yang berbeza. Pengurus yang cuma mendapatkan pendapat ahlinya sebelum membuat keputusan disebut sebagai pemimpin konsultatif. Sementera pengurus yang mengetuai perbincangan bagi mencapai persetujuan di kalangan ahli dan membuat persetujuan berdasarkan perbincangan adalah pengurus yang bersikap konsensus. Pengurus yang demokratik pula mendengar idea semua ahli dan membuat keputusan berdasarkan undian majoriti.
Setiap gaya kepimpinan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Ciri-ciri seorang pengurus:

Berpengetahuan
  •  Pengurus tadika yang baik perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan segala aspek tugas dan tanggungjawab beliau. Pengetahuan yang ada penting dalam membimbing sumber tenga dalam tadika bergerak ke arah yang sama.
Cekap
  •  kecekapan penting dalam tugas harian pengurus tadika. Pelbagai aspek pengurusan tadika yang perlu ditadbir memerlukan beliau bijak dalam membuat keputusan, pembahagian masa, pembahagian tugas kepada orang bawahan dan dalam menyelesaikan masalah. kecekapan pengurus juga menunjukkan komitmen dan dedikasi beliau dengan tanggungjawab.
Terancang
  •  Segala tuga dan tanggungjawab perlu dirancang terlebih dahulu. Pengurus tadika perlu merancang sebaik-baiknya pelan tindakan yang bakal dilaksanakan. keputusan melaksanakan suatu perkara tidak boleh dibuat tergesa-gesa tanpa perancangan yang sistematik kecuali dalam keadaan yang menuntu pengurus membuat keputusan segera.
Mempercayai
  •  Pengurus tadika sesntiasa memerlukan orang lain sepeti guru dan pembantu guru bagi melengkapkan tugas sedia ada. Pengagihan tugas atau delegasi kerja perlu dijalankan dan pengurus perlu memberi kepercayaan pada setiap kakitangan yang mereka dapat melaksanakan tugasan.
Menghormati
  •  Sebagai organisasi yang memberi perkhidmatan kepada manusia, ciri ini penting dalam memastikan keharmonian suasana bekerja. Sifat menghormati terutama pada pekerja menyakinkan pekerja kepentingan mereka dalam organisasi tadika. Sikap ini menimbulkan rasa hormat pada pengurus itu sendiri. 
Komunikasi dua hala
  • pengurus perlu pandai berkomunikasi dengan kakitangan dalam proses menjalankan tugas supaya wujud kemesraan. komunikasi dua hala perlu wujud supaya pekerja faham dengan kehendak pengurus dan pengurus pula mendengar apa yang ingin disampaikan oleh pekerja. pengurus juga perlu berkomunikasi secara baik dengan kanak-kanak dam ibu bapa bagi memastikan berlaku interaksi yang bermakna.
Memberi galakan dan sokongan.
  • Pengurus perlu sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada kakitangan. selain, dapat meningkatkan motivasi dan  prestasi pekerja, ciri ini juga menunjukkan pengurus mengambil beraty kebajikan dan memahami perasaan pekerja.














Monday, May 14, 2012

Refleksi 6: Plan bangunan Apple Intellegent Center


plan bangunan " Apple Intellegent Center" telah direka oleh Nur Shafiqa. masih dalam pembinaan.


bahagian-bahagian yang terdapat di dalam plan bangunan kami ialah, dewan makan, kelas 0-6 tahun, kelas muzik, taman permainan, kolam renang, dan pelbagai lagi.


ini adalah gambaran di bahagian luar plan bangunan "Apple Intellegent Center"

Refleksi 5: Polisi Apple Intellegent Center



Setiap Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak atau tadika mempunyai polisi mereka yang tersendiri. Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” juga mempunyai polisi yang perlu diikuti oleh kanak-kanak, ibu bapa dan guru yang terlibat dengan Pusat Kecemerlangan ini. Premis ini dibuka pada hari Isnin sehingga hari Jumaat. Pusat Kecemerlangan ini menerima kanak-kanak yang berumur dari 0-6 tahun. Sebagai Pusat Kecemerlangan yang menyediakan pendidikan dari 0-6 tahun, kami menggunakan kurikulum PERMATA dan KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).

Polisi Am
  1. Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa wajib yang perlu digunakan di tadika
  2. Tempoh masa pengajaran dan pembelajaran di Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” adalah tidak kurang daripada 3 jam sehari dan 5 hari seminggu
  3.  Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” menyediakan persekitaran yang baik, selesa, menarik dan berkualiti
  4.   Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “ Apple Intellegent Center ” menyediakan ruang yang cukup dan selesa serta menarik di setiap sudut
  5.  Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “ Apple Intellegent Center ” menyediakan persekitaran yang kondusif iaitu bersih, selamat dan baik
  6.  Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “ Apple Intellegent Center” menyediakan aktiviti atau program luar untuk kanak-kanak
  7. Sebarang cadangan atau idea hendaklah mendapat persetujuan dan kelulusan daripada pengusaha dan Guru Besar

Polisi untuk ibu bapa
1.   Ibu bapa hendaklah mendaftar anak mereka dengan mengisi dan mengesahkan dua salinan borang pendaftaran. Borang pendaftaran mestilah diserahkan kepada Guru Besar atau kerani Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” . Ibu bapa juga boleh mendaftar anak mereka secara online.
2.    Semasa pendaftaran, yuran pendaftaran sebanyak RM300 hendaklah dibayar dan yuran bulanan hendaklah dijelaskan pada setiap bulan.
3.    Yuran bulanan hendaklah dijelaskan secara tunai dan yuran perlu dijelaskan sebelum 6 haribulan pada setiap bulan. Yuran tambahan akan dikenakan ke atas setiap perkhidmatan tambahan yang diambil. Yuran mestilah dijelaskan kepada kerani atau pegawai akaun.
4.   Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” beroperasi dari hari Isnin sehingga hari Jumaat pada setiap minggu bermula dari pukul 7.00 pagi – 7.00 petang.
5.    Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” tidak beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
6.     Ibu bapa hendaklah terlibat dan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan atau dilaksanakan oleh Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center
7.      Ibu bapa hendaklah terlibat dan menyertai Persatuan Ibu bapa dan Guru (Parents & Teachers Associated) seperti aktiviti mesyuarat
8.   Ibu bapa hendaklah memaklumkan setiap masalah yang dihadapi oleh anak mereka seperti masalah alergik kepada pengusaha dan guru
9.    Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” menggalakkan ibu bapa dalam memberikan sebarang cadangan atau pendapat dan juga bekerjasama dengan guru
10.  Ibu bapa digalakkan untuk membawa bantal dan tilam untuk anak mereka yang berada di pusat jagaan dan taska
11.  Kanak-kanak yang mempunyai kesihatan yang tidak baik dan penyakit berjangkit seperti cacar air, demam campak dan lain-lain TIDAK dibenarkan hadir ke Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center
12.  Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai barang kemas atau membawa alat permainan semasa berada di Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center”. Pusat Kecemerlangan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan dan kerosakan barang yang di bawa oleh kanak-kanak



Pendekatan behavioris

Pendekatan behavioris ini berasaskan konsep pembelajaran oleh beberapa tokoh seperti pavlov, skinner, dan bandura. Mengikut pendekatan ini, sesuatu pembelajaran kanak-kanak perlu bermatlamat dan dapat diukur secara konkrit. Rancangan pengajaran ini adalah pembentukkan tingkah laku pembelajaran yang berasaskan pengukuhan dan hukuman. Kurikulum yang dibentuk menumpu kepada pencapaian matlamat pembelajaran dan mata pelajaran. Setiap matapelajaran diajar secara berasingan. Sesuatu matapelajaran tidak boleh dikaitan dengan matapelajaran yang lain. Setiap pengajaran merangkumi maklumat baru dan aktiviti yang disusun bagi mengukuhkan matlamat pembelajaran dan membantu penguasan kemahiran tertentu. Tindak balas yang betul akan diberi ganjaran manakala kanak-kanak dikehendaki mengulang sesuatu matapelajaran sehingga mereka berjaya. Kanak-kanak diajar dalam kumpulan kecil. sekolah Distar (Direct instructional) yang dibentuk oleh Bereiter Engelmann (1966) adalah salah satu daripada sekolah yang berasaskan pendekatan behavioris berasaskan falsafah bahawa kanak-kanak belajar secara:

  • Kanak-kanak mempelajari sesuatu selepas berinteraksi dengan persekitarannya.
  • kanak-kanak belajar selepas mereka didedahkan secara berulang-ulang kepada sesuatu rangsangan.
  • kanak-kanak dikehendaki membuat latihan dan kerja sekolah 
  • hasil interaksi (ganjaran atau hukuman ) akan menentukan sama ada sesuatu interaksi diulang ataupun tidak.
  • pengajaran yang paling berkesan terdiri daripada rangsangan yang disusun secara teliti dan memberi ganjaran ataupun hukuman secara terkawal apabila kanak-kanak berjaya ataupun gagal bertindak balas secara sesuai kepada rangsangan tersebut.
  • aktiviti dan bahan pembelajaran terhad kepada matlamat pembelajaran, misalnya papan tulis, alat permainan teka-teki, buku, bahan lukisan, bahan matematik, 



memupuk kreativiti kanak-kanak



KREATIVITI merupakan satu subjek yang subjektif untuk dibincangkan kerana ia merupakan satu kebolehan semula jadi yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bagaimanapun kreativiti adalah antara kualiti terpenting yang boleh dibentuk dan dipupuk dalam diri terutama sekali kanak-kanak. Kreativiti juga adalah ciri-ciri yang menunjukkan kebolehan kanak-kanak menghasilkan kerja yang 'asli'. Untuk itu ibu bapa perlu menyediakan satu persekitaran yang boleh membantu anak-anak mengembangkan daya kreativiti dan ruang untuk meluahkan perasaan.

Salah satu cara yang dapat membantu mengembangkan kreativiti kanak-kanak ialah dengan melukis.
Lazimnya, setiap lukisan yang dihasilkan pastinya merupakan imaginasi ataupun idea asal daripada pemikiran kanak-kanak itu sendiri. Secara tidak langsung ia mampu membantu perkembangan minda kanak-kanak sekali gus menyemai budaya berfikir secara kreatif dan inovatif di kalangan mereka. Berkunjung ke butik Lukisan dan Kraf Kanak-Kanak Da Vinci di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara baru-baru ini, ternyata memberi satu pengalaman baru kerana di sini kanak-kanak mempunyai kreativiti masing-masing apabila meluahkan apa yang mereka inginkan melalui lukisan dan mewarna.

Apa yang menjadikan Da Vinci cukup unik dan menarik ialah ia turut mempamerkan hasil kerja tangan kanak-kanak yang berusia antara empat sehingga 15 tahun yang mengikuti kelas seni dan kraf di situ.
Menurut salah seorang tenaga pengajarnya, Ngau Lee San, 32, segala hasil kerja yang dipamerkan bukan untuk dijual dan berdasarkan hasil kerja yang dipamerkan, ternyata kanak-kanak tersebut cukup seronok bermain dengan warna.
'
'Melalui lukisan dan warna kita dapat mengesan bakat dan kreativiti yang ada dalam diri seseorang kanak-kanak itu. ''Lagipun, kreativiti merupakan bakat semula jadi yang dianugerahkan oleh tuhan bagaimanapun ia boleh dicungkil dan diasah untuk menjadi seorang yang kreatif.

''Dan kita perlu tahu bahawa dari imaginasi lahirnya kreativiti dan cara mereka meluahkan perasaan melalui lukisan atau kraf cukup menarik sekali malah idea mereka tulen dan sentuhan mereka terutamanya pada lukisan, amat memikat,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Di Da Vinci, kanak-kanak bukan sahaja diajar bagaimana untuk melukis di atas kertas dan mewarna, malah mereka turut didedahkan cara untuk melukis di atas kaca, batu serta menghasilkan kraf tangan.
Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana warna-warna yang digunakan tidak mengandungi bahan toksik yang boleh mendatangkan bahaya atau kesan sampingan kepada mereka.
Selain itu, melalui aktiviti yang berasaskan kemahiran ini membuatkan kanak-kanak akan lebih fokus dan juga meningkatkan kemahiran mendengar.

Ternyata apa yang dihasilkan oleh kanak-kanak di Da Vinci cukup hebat kerana imaginasi dan kebolehan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini mampu menghasilkan sebuah lukisan atau kraf yang cantik dan menarik.
Justeru, alasan tidak tahu melukis tidak harus dijadikan 'tembok penghalang' bagi sesiapa sahaja yang baru hendak mencuba bidang tersebut.