Sunday, October 30, 2011

dunia kanak-kanak


dunia kanak-kanak penuh dengan warna-warni dan misteri...janganlah ko cemarinya dengan debu-debu kotor yang boleh merosakkannnya...bajai mereka dengan kasih sayang dan perlindungan darimu..
siapa mereka di masa hadapan adalah hasil daripada didikanmu hari ini...





















dunia kanak-kanak sungguh indah..jika boleh diputarkan masa, ingin sekali aku kembali ke zaman kanak-kanak...tapi semua itu tak akan pernah terjadi...

Saturday, October 29, 2011

contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Tajuk: Bunyi Haiwan
Kelas: Bestari
Tarikh: 17.10.2011
Masa: 12.30 – 1.00 tengah hari
Bilangan pelajar: 20 orang
Sasaran umur: 3-4 tahun
Standard pembelajaran: 1.1.1 mengecam bunyi haiwan
Objektif pembelajaran: pada akhir pembelajaran kanak-kanak dapat
a.       Mengecam bunyi haiwan
b.      Membezakan bunyi-bunyi haiwan.
Alat bantu mengajar: video, kad gambar(harimau, gajah, kuda,  kambing,   burung hantu)
Kompenen integrasi: sosioemosi, kognitif, fizikal, serta bahasa dan komunikasi.

LANGKAH PENGAJARAN

Langkah/
    Masa
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
ABM
Set Induksi
(3 minit)
Guru menunjukkan video haiwan-haiwan yang terdapat di dalam sebuah zoo kepada kanak-kanak. Guru bersoal jawab tentang haiwan yang terdapat di dalam video.
Kanak-kanak melihat video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti. Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru tentang haiwan yang terdapat di dalam video.
Video dan contoh soal jawab.
Langkah 1
(3 minit)
Guru meminta kanak-kanak mendengar bunyi-bunyi haiwan sambil menunjuk gambar haiwan tersebut.
Kanak-kanak melihat dan mendengar bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru.
Bunyi haiwan, harimau, kuda, gajah, burung hantu dan kambing

Langkah/
masa
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
ABM
Langkah 2
(2 minit)
Guru meminta beberapa orang pelajar ke hadapan kelas.
Kanak-kanak bergerak dan duduk di tempat yang disuruh guru.

Langkah 3
(8 minit)
Guru meminta kanak-kanak meneka bunyi haiwan yang terdapat di dalam video yang akan dimainkan.
Kanak-kanak meneka bunyi haiwan yang terdapat di dalam di dalam video

Langkah 4
(2 minit)
Guru mengagihkan kad haiwan (kuda, harimau, gajah, burung hantu, dan lembu)
Kanak-kanak menerima kad haiwan dan membentuk kumpulan mengikut kad haiwan yang diperolehi.
5 kumpulan dibentuk (kuda, harimau. Gajah, burung hantu dan kambing biri-biri)
Langkah 5
(2 minit)
Guru meminta kanak-kanak melakonkan aksi dan bunyi haiwan mengikut kad haiwan yang dimiliki oleh kumpulan masing-masing
Kanak-kanak melakonkan aksi dan bunyi haiwan mengikut kad haiwan yang dimiliki oleh kumpulan masing-masing.

Penutup
(2 minit)
Guru bersama kanak-kanak menyanyikan lagu “bunyi haiwan”
Kanak-kanak menyanyikan lagu “bunyi haiwan” bersama guru.







blog ini diwujudkan..

blog ni diwujudkan untuk berkongsi segala ilmu yg ada dan insyaAllah ia akan mendatangkan manfaat untuk semua...