Monday, May 14, 2012

Refleksi 5: Polisi Apple Intellegent Center



Setiap Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak atau tadika mempunyai polisi mereka yang tersendiri. Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” juga mempunyai polisi yang perlu diikuti oleh kanak-kanak, ibu bapa dan guru yang terlibat dengan Pusat Kecemerlangan ini. Premis ini dibuka pada hari Isnin sehingga hari Jumaat. Pusat Kecemerlangan ini menerima kanak-kanak yang berumur dari 0-6 tahun. Sebagai Pusat Kecemerlangan yang menyediakan pendidikan dari 0-6 tahun, kami menggunakan kurikulum PERMATA dan KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).

Polisi Am
  1. Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa wajib yang perlu digunakan di tadika
  2. Tempoh masa pengajaran dan pembelajaran di Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” adalah tidak kurang daripada 3 jam sehari dan 5 hari seminggu
  3.  Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” menyediakan persekitaran yang baik, selesa, menarik dan berkualiti
  4.   Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “ Apple Intellegent Center ” menyediakan ruang yang cukup dan selesa serta menarik di setiap sudut
  5.  Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “ Apple Intellegent Center ” menyediakan persekitaran yang kondusif iaitu bersih, selamat dan baik
  6.  Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “ Apple Intellegent Center” menyediakan aktiviti atau program luar untuk kanak-kanak
  7. Sebarang cadangan atau idea hendaklah mendapat persetujuan dan kelulusan daripada pengusaha dan Guru Besar

Polisi untuk ibu bapa
1.   Ibu bapa hendaklah mendaftar anak mereka dengan mengisi dan mengesahkan dua salinan borang pendaftaran. Borang pendaftaran mestilah diserahkan kepada Guru Besar atau kerani Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” . Ibu bapa juga boleh mendaftar anak mereka secara online.
2.    Semasa pendaftaran, yuran pendaftaran sebanyak RM300 hendaklah dibayar dan yuran bulanan hendaklah dijelaskan pada setiap bulan.
3.    Yuran bulanan hendaklah dijelaskan secara tunai dan yuran perlu dijelaskan sebelum 6 haribulan pada setiap bulan. Yuran tambahan akan dikenakan ke atas setiap perkhidmatan tambahan yang diambil. Yuran mestilah dijelaskan kepada kerani atau pegawai akaun.
4.   Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” beroperasi dari hari Isnin sehingga hari Jumaat pada setiap minggu bermula dari pukul 7.00 pagi – 7.00 petang.
5.    Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” tidak beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
6.     Ibu bapa hendaklah terlibat dan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan atau dilaksanakan oleh Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center”
7.      Ibu bapa hendaklah terlibat dan menyertai Persatuan Ibu bapa dan Guru (Parents & Teachers Associated) seperti aktiviti mesyuarat
8.   Ibu bapa hendaklah memaklumkan setiap masalah yang dihadapi oleh anak mereka seperti masalah alergik kepada pengusaha dan guru
9.    Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” menggalakkan ibu bapa dalam memberikan sebarang cadangan atau pendapat dan juga bekerjasama dengan guru
10.  Ibu bapa digalakkan untuk membawa bantal dan tilam untuk anak mereka yang berada di pusat jagaan dan taska
11.  Kanak-kanak yang mempunyai kesihatan yang tidak baik dan penyakit berjangkit seperti cacar air, demam campak dan lain-lain TIDAK dibenarkan hadir ke Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center”
12.  Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai barang kemas atau membawa alat permainan semasa berada di Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center”. Pusat Kecemerlangan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan dan kerosakan barang yang di bawa oleh kanak-kanak



Pendekatan behavioris

Pendekatan behavioris ini berasaskan konsep pembelajaran oleh beberapa tokoh seperti pavlov, skinner, dan bandura. Mengikut pendekatan ini, sesuatu pembelajaran kanak-kanak perlu bermatlamat dan dapat diukur secara konkrit. Rancangan pengajaran ini adalah pembentukkan tingkah laku pembelajaran yang berasaskan pengukuhan dan hukuman. Kurikulum yang dibentuk menumpu kepada pencapaian matlamat pembelajaran dan mata pelajaran. Setiap matapelajaran diajar secara berasingan. Sesuatu matapelajaran tidak boleh dikaitan dengan matapelajaran yang lain. Setiap pengajaran merangkumi maklumat baru dan aktiviti yang disusun bagi mengukuhkan matlamat pembelajaran dan membantu penguasan kemahiran tertentu. Tindak balas yang betul akan diberi ganjaran manakala kanak-kanak dikehendaki mengulang sesuatu matapelajaran sehingga mereka berjaya. Kanak-kanak diajar dalam kumpulan kecil. sekolah Distar (Direct instructional) yang dibentuk oleh Bereiter Engelmann (1966) adalah salah satu daripada sekolah yang berasaskan pendekatan behavioris berasaskan falsafah bahawa kanak-kanak belajar secara:

  • Kanak-kanak mempelajari sesuatu selepas berinteraksi dengan persekitarannya.
  • kanak-kanak belajar selepas mereka didedahkan secara berulang-ulang kepada sesuatu rangsangan.
  • kanak-kanak dikehendaki membuat latihan dan kerja sekolah 
  • hasil interaksi (ganjaran atau hukuman ) akan menentukan sama ada sesuatu interaksi diulang ataupun tidak.
  • pengajaran yang paling berkesan terdiri daripada rangsangan yang disusun secara teliti dan memberi ganjaran ataupun hukuman secara terkawal apabila kanak-kanak berjaya ataupun gagal bertindak balas secara sesuai kepada rangsangan tersebut.
  • aktiviti dan bahan pembelajaran terhad kepada matlamat pembelajaran, misalnya papan tulis, alat permainan teka-teki, buku, bahan lukisan, bahan matematik, 



memupuk kreativiti kanak-kanak



KREATIVITI merupakan satu subjek yang subjektif untuk dibincangkan kerana ia merupakan satu kebolehan semula jadi yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bagaimanapun kreativiti adalah antara kualiti terpenting yang boleh dibentuk dan dipupuk dalam diri terutama sekali kanak-kanak. Kreativiti juga adalah ciri-ciri yang menunjukkan kebolehan kanak-kanak menghasilkan kerja yang 'asli'. Untuk itu ibu bapa perlu menyediakan satu persekitaran yang boleh membantu anak-anak mengembangkan daya kreativiti dan ruang untuk meluahkan perasaan.

Salah satu cara yang dapat membantu mengembangkan kreativiti kanak-kanak ialah dengan melukis.
Lazimnya, setiap lukisan yang dihasilkan pastinya merupakan imaginasi ataupun idea asal daripada pemikiran kanak-kanak itu sendiri. Secara tidak langsung ia mampu membantu perkembangan minda kanak-kanak sekali gus menyemai budaya berfikir secara kreatif dan inovatif di kalangan mereka. Berkunjung ke butik Lukisan dan Kraf Kanak-Kanak Da Vinci di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara baru-baru ini, ternyata memberi satu pengalaman baru kerana di sini kanak-kanak mempunyai kreativiti masing-masing apabila meluahkan apa yang mereka inginkan melalui lukisan dan mewarna.

Apa yang menjadikan Da Vinci cukup unik dan menarik ialah ia turut mempamerkan hasil kerja tangan kanak-kanak yang berusia antara empat sehingga 15 tahun yang mengikuti kelas seni dan kraf di situ.
Menurut salah seorang tenaga pengajarnya, Ngau Lee San, 32, segala hasil kerja yang dipamerkan bukan untuk dijual dan berdasarkan hasil kerja yang dipamerkan, ternyata kanak-kanak tersebut cukup seronok bermain dengan warna.
'
'Melalui lukisan dan warna kita dapat mengesan bakat dan kreativiti yang ada dalam diri seseorang kanak-kanak itu. ''Lagipun, kreativiti merupakan bakat semula jadi yang dianugerahkan oleh tuhan bagaimanapun ia boleh dicungkil dan diasah untuk menjadi seorang yang kreatif.

''Dan kita perlu tahu bahawa dari imaginasi lahirnya kreativiti dan cara mereka meluahkan perasaan melalui lukisan atau kraf cukup menarik sekali malah idea mereka tulen dan sentuhan mereka terutamanya pada lukisan, amat memikat,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Di Da Vinci, kanak-kanak bukan sahaja diajar bagaimana untuk melukis di atas kertas dan mewarna, malah mereka turut didedahkan cara untuk melukis di atas kaca, batu serta menghasilkan kraf tangan.
Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana warna-warna yang digunakan tidak mengandungi bahan toksik yang boleh mendatangkan bahaya atau kesan sampingan kepada mereka.
Selain itu, melalui aktiviti yang berasaskan kemahiran ini membuatkan kanak-kanak akan lebih fokus dan juga meningkatkan kemahiran mendengar.

Ternyata apa yang dihasilkan oleh kanak-kanak di Da Vinci cukup hebat kerana imaginasi dan kebolehan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini mampu menghasilkan sebuah lukisan atau kraf yang cantik dan menarik.
Justeru, alasan tidak tahu melukis tidak harus dijadikan 'tembok penghalang' bagi sesiapa sahaja yang baru hendak mencuba bidang tersebut.

Refleksi 4: Developing a management plan.


pada minggu ini kami diberi penerangan tentang membina rancangan pengurusan child care center.
kami semua diminta merancang pengkhususan kerja yang diperlukan di child care center, berapa pekerja yang diperlukan, menetapkan masa pekerja bekerja, menetapkan tanggungjawab dan tugas pekerja, menetapkan gaji pekerja, dan membina polisi child care center, 



semuanya fokus terhadap penerangan Dr. Putri

 kami diminta berada dalam kumpulan masing-masing untuk berbincang tentang perancangan pengurusan di child care center.



kumpulan kami terdiri daripada Nur Diyana, Nur Shafiqa, Nur Shuhada, Zaliha dan saya Suriana.
kami telah merancang untuk membina child care center yang mempunyai kanak-kanak beumur dari 0 tahun hingga 6 tahun. kami juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kelas taek wan do, kelas renang, kelas muzik, pengangkutan bas dan pelbagai lagi.

Oleh itu kami mempunyai pekerja yang ramai bagi memenuhi setiap perkhidmatan yang kami tawarkan
antara pengkhususan kerja yang terdapat di child care center kami ialah, guru besar, guru , pembantu guru, pemandu bas, tukang cuci, tukang masak, kerani dan beberapa pekerja tambahan.