Tuesday, May 15, 2012

Refleksi 7: Pengurus Tadika

Pengurus tadika adalah orang yang penting kerana keseluruhan perjalanan tadika bergantung pada pengurusan yang cekap. Dengan kata lain, beliau adalah pemimpin. Kunci kepada pengurusan tadika yang berkesan adalah ketrampilan pengurus sebagai pemimpin yang baik. Memimpin adalah proses mengarah dan mempengaruhi orang lain dengan menggunakan bakat, maklumat dan kemahiran berinteraksi. pengurus tadika perlu mempunyai kefahaman dan mengamalkan gaya dan ciri kepimpinan yang bersesuaian.

secara amnya terdapat 3 jenis gaya kepimpinan yang boleh diamalkan oleh pengurus tadika iaitu autokratik, free rein dan participative.

Autokratif

  • pengurus ataupun pengusaha yang bersifat autokratif mementingkan kuasa mereka dalam organisasi. Fokus pengurusan adalah lebih pada pelaksanaan tugas daripada perasaan pekerja. Keutamaan adalah pada penyempurnaan tugas yang diberi.
Free rein
  • pengurus yang memimpin secara free rein memberi kebebasan sepenuhnya kepada kakitangan dalam melaksanakan tugas. Pandangan dan penglibatan pekerja memainkan peranan utama dalam penyelesaian tugas.
Participative
  • Pengurus yang mengamalkan gaya ini membuat keputusan bersama-sama kakitanganya. Namun penglibatan kakitangan adalah pada tahap yang berbeza. Pengurus yang cuma mendapatkan pendapat ahlinya sebelum membuat keputusan disebut sebagai pemimpin konsultatif. Sementera pengurus yang mengetuai perbincangan bagi mencapai persetujuan di kalangan ahli dan membuat persetujuan berdasarkan perbincangan adalah pengurus yang bersikap konsensus. Pengurus yang demokratik pula mendengar idea semua ahli dan membuat keputusan berdasarkan undian majoriti.
Setiap gaya kepimpinan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Ciri-ciri seorang pengurus:

Berpengetahuan
  •  Pengurus tadika yang baik perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan segala aspek tugas dan tanggungjawab beliau. Pengetahuan yang ada penting dalam membimbing sumber tenga dalam tadika bergerak ke arah yang sama.
Cekap
  •  kecekapan penting dalam tugas harian pengurus tadika. Pelbagai aspek pengurusan tadika yang perlu ditadbir memerlukan beliau bijak dalam membuat keputusan, pembahagian masa, pembahagian tugas kepada orang bawahan dan dalam menyelesaikan masalah. kecekapan pengurus juga menunjukkan komitmen dan dedikasi beliau dengan tanggungjawab.
Terancang
  •  Segala tuga dan tanggungjawab perlu dirancang terlebih dahulu. Pengurus tadika perlu merancang sebaik-baiknya pelan tindakan yang bakal dilaksanakan. keputusan melaksanakan suatu perkara tidak boleh dibuat tergesa-gesa tanpa perancangan yang sistematik kecuali dalam keadaan yang menuntu pengurus membuat keputusan segera.
Mempercayai
  •  Pengurus tadika sesntiasa memerlukan orang lain sepeti guru dan pembantu guru bagi melengkapkan tugas sedia ada. Pengagihan tugas atau delegasi kerja perlu dijalankan dan pengurus perlu memberi kepercayaan pada setiap kakitangan yang mereka dapat melaksanakan tugasan.
Menghormati
  •  Sebagai organisasi yang memberi perkhidmatan kepada manusia, ciri ini penting dalam memastikan keharmonian suasana bekerja. Sifat menghormati terutama pada pekerja menyakinkan pekerja kepentingan mereka dalam organisasi tadika. Sikap ini menimbulkan rasa hormat pada pengurus itu sendiri. 
Komunikasi dua hala
  • pengurus perlu pandai berkomunikasi dengan kakitangan dalam proses menjalankan tugas supaya wujud kemesraan. komunikasi dua hala perlu wujud supaya pekerja faham dengan kehendak pengurus dan pengurus pula mendengar apa yang ingin disampaikan oleh pekerja. pengurus juga perlu berkomunikasi secara baik dengan kanak-kanak dam ibu bapa bagi memastikan berlaku interaksi yang bermakna.
Memberi galakan dan sokongan.
  • Pengurus perlu sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada kakitangan. selain, dapat meningkatkan motivasi dan  prestasi pekerja, ciri ini juga menunjukkan pengurus mengambil beraty kebajikan dan memahami perasaan pekerja.














No comments: