Sunday, May 13, 2012

Rachel dan Margaret Millan: Taman Asuahan.

pada tahun 1911, Rachel dan Margaret Mcmillan memulakan satu institusi untuk kanak-kanak yang berumur antara dua hingga empat tahun. Institusi ini yang dikenali sebagai taman asuhan memberi pengalaman sensori berasaskan pengalaman sebenar bukan berbentuk apparatus kepada kanak-kanak kecil.

taman asuhan ini memberi pengalaman kepada mereka bagi meluahkan perasaan melalui seni, binaak blok, permainan drama dan aktiviti bahasa seperti bercerita dan berbincang. pengedalian taman asuhan ini brasaskan prinsip berikut:

  1. kanak-kanak kecil perlu beinteraksi dengan rakan sebaya.
  2. aktiviti bermain berfaedah daripada segi pengalaman bagi meneroka dan meluahkan perasaan.
  3. kanak-kanak kecil perlu membina kebolehan berpisah daripada ibu bapa secara beransur-ansur.
  4. guru berperanan membimbing kanak-kanak mengawal tekanan emosi.
  5. pnglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak di rumah dan di sekolah adalah wajib. 

Tokoh kurikulum 5: Maria Montessori

Montessori merupakan wanita pertama yang berkelulusan dalam bidang perubatan dari sebuah universiti di Itali. Pada tahun 1906, beliau menubuhkan satu sekolah untuk kanak-kanak istimewa, yang terkenal sebagai Sekolah Montessori. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Mengikut beliau, dalam keadaan bermain, kanak-kanak sebenarnya 'bekerja' bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran. Seperti Pestalozzi, beliau juga menyarankan supaya kanak-kanak digalakkan menggunakan alat deria yang sedia ada pada mereka bagi meneroka dan menambah pengetahuan mereka.

Montessori mempercayai kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Oleh yang demikian, satu persekitaran yang lengkap perlu disediakan supaya kanak-kanak dapat menerokainya pada masa dan tahap yang sesuai. Guru merupakan pemudah cara dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Guru menyokong kanak-kanak apabila mereka menunjuk kesediaan mempelajari sesuatu, secara menjawab soalan dan membantu mereka ketika bantuan diperlukan. Guru merupakan pemudah cara sahaja, bukan penentu bentuk ataupun jenis pengajaran yang harus diterima oleh kanak-kanak.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal:
  1. Minda yang mudah menyerap- menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.
  2. Persekitaran yang tersedia-persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila mereka memerlukanya. Bagi tujuan ini, bahan pembelajaran perlu dipilih dan disusun dengan teliti supaya kanak-kanak tertarik menerokai dan menggunakannya mengikut minat dan keperluan perkembangan mereka.
  3. Didikan diri- kanak-kanak mampu menjelas persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.
  4. Terdapat 4 jenis bahan pembelajaran.
    1. Bahan untuk latihan dalam kemahiran hidup: Jagaan fizikal diri dan persekitaran yang membina     kemahiran diri dan membentuk kawalan dalaman, sikap berdikari dan penghargaan kendiri melalui aktiviti yang tersusun dan lengkap.
    2. Bahan sensori: Menggalak penghalusan penggunaan alat deria bagi meningkatkankecerdasan kanak-kanak melalui aktiviti menyusun dan mengumpul misalnya membezakan pelbagai jenis kain.
    3. Bahan akademik seperti pelebagai bahan abjad yang mudah alih bagi menggalakkan kanak-kanak mengenal huruf dan membentuk perkataan.
    4. Bahan seni dan budaya yang dibentuk bagi membantu kanak-kanak menghayati muzik, ritma, lagu dan iraman serta mempelajari pengawalan pergerakkan badan dalam aktiviti menari. mereka juga diajar menggunakan alat muzik dan bahan lukisan.
  5. Tempoh sensitif : Tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.
         Menurut falsafah Montessori:
  1.  Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka
  2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima  maklumat dan konsep tertentu. tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.
  3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.
  4. Kanak-kanak mampu yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabilal dewasa kelak.
  5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenid pembelajaran.
  6. Bahan pembelajaran yang dibentuk oleh montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan "betul diri."
  7. Guru meningkatkan pengetahuan merekka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.
  8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak secara bebas.
  9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.
Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak dari segi:

  • Menumpukan perhatian 
  • Kemahiran memerhati dan meneliti
  • Kesedaran berkenaan susunan dan peraturan
  • Keseimbangan pergerakkan
  • Kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal 
  • Konsep matematik
  • Kemahiran bahasa
  • Kemahiran menulis dan membaca 
  • Kebiasaan dengan seni kreatif
  • Pemahaman berkenaan alam semulajadi 
  • Pengalaman  dan pemahaman berkenaan sains sosial
  • Pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.









Monday, April 23, 2012

Tokoh kurikulum 4: Friedrich Froebel


Froebel (1782-1852) mengetengahkan konsep " taman kanak-kanak", yang belajar bersama Pestalozzi, berpendapat semua benda dalam dunia berfungsi memenuhi kehendak Tuhan. setiap manusia juga berfungsi memenuhi kehendak ini. mengikut beliau, pendidikan membimbing manusia dan menerimma diri sendiri, serta menyatukannya dengan alam semula jadi dan Tuhan.

Froebel percaya setiap manusia, walaupun masih kecil, perlu dihormati dan dianggap sebagai penting. taman kanak-kanak merupakan suatu taman yang mengaitkan rumah dengan sekolah formal. pada tahun 1837, beliau memulakan program kindergarten yang pertama di Jerman. Taman permainan kanak-kanak ini diwujudkan untuk kanak-kanak berumur empat dan lima tahun, berasaskan konsep "bermain sambil belajar". Taman ini bertujuan menyediakan kanak-kanak bagi memasuki tahun pertama dalam sekolah biasa. Taman ini menyediakan suatu turutan aktiviti yang terancang dan membenarkan kanak-kanak bergerak daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain secara bebas.

froebl percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti pilihan sendiri untuk kanak-kanak. Apabila kanak-kanak memilih sesuatu aktiviti bermain, mereka pasti akan memilih sesuatu yang menggembirakan. Dalam keadaan bermain, secara tidak langsung, kanak-kanak berpeluang melatih kemahiran yang sedang berkembang. Froebel menegaskan dua ciri yang penting dalam pembentukkan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal, iaitu:

1. kebebasan
2. kreativiti

setiap kanak-kanak itu unik, oleh demikian, mereka harus diberi kebebasan memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembanga semasa dan minat mereka. Apabila mereka dibenarkan membuat pilihan sendiri ini, mereka lebih cederung menghasilkan sesuatu yang istimewa dan mengalami proses pembelajaran yang bermakna.

aktiviti bermain adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti bermain yang sesuai membantu kanak-kanak dalam memikirkan perhubungan antara
  • aktiviti kendiri dan soal hidup
  • perbuatan dan pemikiran
  • perwakilan dan pengetahuan
  • pemahaman dengan kebolehan.
Bahan permainan yang beliau namakan 'hadiah' boleh didapati dalam persekitaran semula jadi kanak-kanak. Hadiah tersebut, yang wujud dalam bentuk tiga segi, empat segi, bulat, garis, kiub, silinder dan sfera membantu kanak-kanak meneroka ciri-ciri semula jadi objek dan memahami perhubungan antara objek yang wujud dalam alam sekitar kanak-kanak. Aktiviti berbentuk hadiah seperti blok binaan membantu perkembangan konsep matematik dan corak. Perkembangan konsep melalui hadiah diperkukuhkan oleh 'perkerjaan' seperti melukis, menganyam, menulis puisi ataupun lagu dan aktiviti bercerita dan perbincangan.

froebel membezakan aktiviti berbentuk pekerjaan daripada aktiviti berbentuk hadiah. Aktiviti berbentuk hadiah membantu memahami sesuatu konsep, manakala aktiviti berbentuk pekerjaan membantu kanak-kanak membentuk semula sesuatu idea (dan bukan setakat meniru tanpa berfikir).

menurut Froebel, bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seorang perlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila perhatian dan perasaan ingin tahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung, mereka terdorong belajar sesuatu yang baru. Misalnya, aktiviti menghafal lagu atau pun puisi membantu kemahiran bahasa.


Tokoh kurikulum 3: Johann Pestalozzi


Pestalozzi (1764-1827), yang terpengaruh dengan falsafah Rousseau, juga menyarankan pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan persekitaran semulajadi. beliau berusaha menghapuskan pendekatan pengajaran  melalui hukuman dan pembelajaran berbentuk hafalan. oleh itu, mengikut Pestalozzi, kanak-kanak perlu mengambil bahagian dalam aktiviti yang bermakna dan berasaskan pengalaman hidup yang sebenar. kaedah pengajaran Pestalozzi menitikberatkan penerokaan melalui pengalaman deria. cara terbaik untuk kanak-kanak adalah melalui pengalaman merasa, menghidu, menyentuh, mendengar dan melihat. contohnya, proses pembelajaran di mana kanak-kanak berpeluang melihat, menyentuh dan menghidu bau bunga mawar lebih berkesan berbandingkan pengajaran melalui gambar ataupun perbualan sahaja.

Pestalozzi juga mengalakkan aktiviti yang berbentuk kumpulan dan terdiri daripada kanak-kanak yang berbeza daripada segi umur. dalam kumpulan sebegini, kanak-kanak yang lebih besar dapat membantu kanak-kanak yang lebih kecil berkenaan sesuatu kemahiran, kanak-kanak yang besar merasa yang terdorong mengukuhkan penguasaan mereka dalam kemahiran tersebut.