Pestalozzi (1764-1827), yang terpengaruh dengan falsafah Rousseau, juga menyarankan pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan persekitaran semulajadi. beliau berusaha menghapuskan pendekatan pengajaran melalui hukuman dan pembelajaran berbentuk hafalan. oleh itu, mengikut Pestalozzi, kanak-kanak perlu mengambil bahagian dalam aktiviti yang bermakna dan berasaskan pengalaman hidup yang sebenar. kaedah pengajaran Pestalozzi menitikberatkan penerokaan melalui pengalaman deria. cara terbaik untuk kanak-kanak adalah melalui pengalaman merasa, menghidu, menyentuh, mendengar dan melihat. contohnya, proses pembelajaran di mana kanak-kanak berpeluang melihat, menyentuh dan menghidu bau bunga mawar lebih berkesan berbandingkan pengajaran melalui gambar ataupun perbualan sahaja.
Pestalozzi juga mengalakkan aktiviti yang berbentuk kumpulan dan terdiri daripada kanak-kanak yang berbeza daripada segi umur. dalam kumpulan sebegini, kanak-kanak yang lebih besar dapat membantu kanak-kanak yang lebih kecil berkenaan sesuatu kemahiran, kanak-kanak yang besar merasa yang terdorong mengukuhkan penguasaan mereka dalam kemahiran tersebut.
No comments:
Post a Comment