Sunday, April 22, 2012

Tokoh kurikulum 1: John Comenius



Comenius (1592-1670) mempercayai semua kanak-kanak perlu menghadiri sekolah. mereka belajar berkomunikasi melalui aktiviti lisan, menulis melalui aktiviti penulisannya dan berfikir melalui aktiviti yang membenarkan mereka berfikir dan belajar secara aktif.

Comenius mengusulkan suatu sistem untuk membolehkan proses belajar menyenangkan, bukannya membosankan dan melelahkan. beliau memperkenalkan rancangan pendidikannya iaitu "pampaedia", yang bererti "pendidikan universal". tujuannya adalah menetapkan sistem pengajaran yang progresif yang dapat dinikmati setiap orang. Kanak-kanak seharusnya diajar secara bertahap, katanya dengan konsep dasar yang meningkatkan secara wajar hingga konsep yang lebih rumit. Comenius juga menganjurkan penggunaan bahasa ibunda selama beberapa tahun pertama sekolah. Akan tetapi pendidikan seharusnya tidak dibatasi pada usia menjelang dewasa, tetapi mencakupi seluruh masa hidup seseorang. Comenius menulis bahawa proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah benar-benar praktis, dan menyenangkan sehingga menggambarkan sekolah menjadi tempat untuk bermain. selain itu Comenius percaya bahawa sekolah seharusnya bukan hanya berfokus kepada pendidikan kognitif sahaja tetapi perlu kepada pendidikan manusia seluruhnya di mana mencakupi pengajaran moral dan rohani. 

No comments: