Wednesday, May 16, 2012

Refleksi 9: Mengurus Sajian Makanan.

Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Ibu bapa juga perlu terlibat secara langsung dalam program pemakanan ini. Makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Pakar kesihatan dan pendidik sedar dan melatih orang-orang dalam bidang pemakanan ini.

Mengurus Sajian Makanan

kriteria yang perlu diambil kira adalah:

  1. perancangan pemakanan.
  2. prosedur-prosedur perancangan makanana.
  3. pengetahuan dalam pemakanan.
  4. kakitangan pengurusan pemakanan.
  5. pengendalian semasa kanak-kanak makan.

jenis-jenis makanan seimbang
Saranan pengambilan makanan
Pemakanan kanak-kanak termasuk kumpulan makanan yang memberi tenaga (karbohidrat), protein, lemak, vitamin, mineral, serat dan air.

karbohidrat
50%      Metabolik basal
5%        penghadaman makanan
25%      Aktiviti fizikal
12%      Pembesaran tisu
8%        Pembuangan najis.

Protein
Bayi 6 bulan ke atas (2.2g/kg), kanak-kanak 2 g/kg dan menurun sehingga 0.8 g/kg bagi dewasa.

Air
70-75% air di dalam badan.
Bayi mengambil air 10 hingga 15% daripada berat badan orang dewasa mengambil air hingga 4% daripada berat badan.

Vitamin
A                          700-1000 (ug RE)
B1(Thiamine)         1.2-1.4 mg
B2(Riboflavin)        1.4-1.6 mg
B3(Niacin)              16-18 mg
B5(Folancin)          300-400 ug 
B6(Pyridoxine)       1.6-1.8 mg 
B9(Folic Acid)       180-200 mcg
B12                        3 ug

Mineral
kalsium                 800-1200 mg
zat besi                 10-18 mg
magnesium            250-359 mg
zink                      10-15 mg
iodin                     120-150 ug
kuprum                  1.0-1.5 mg
selenium                0.02-0.08 mg
potassium              550-1650 mg
klorida                   500-1500 mg
sodium                   250-750 mg

Kepentingan makanan seimbang
  1. Dapat memberi tenaga yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak dalam aktiviti belajar sambil bermain.
  2. Dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta sembuh daripada luka ataupun penyakit.
  3. Ia penting bagi pembinaan badan dan juga pembesaran yang baik.
  4. Memberi bekalan zat nutrient yang penting sebagai simpanan semasa peringkat umur remaja dan dewasa.
  5. Otak dapat berkembang dengan sihat dan cerdas
  6. Menggelakkan daripada penyakit kekurangan zat makanan, pucat dan bantut.

Tuesday, May 15, 2012

Refleksi 8: Mengurus Pemasaran

Secara amnya, pemasaran adalah proses menyampaikan maklumat kepada umum dan dalam konteks penubuhan tadika ia merujuk kepada khasnya kepada ibu bapa. Pengurus tadika perlu berpengetahuan berkenaan soal pemasran bagi memastikan tadika mempunyai pelanggan yang dapat menjayakan perniagaan yang dijalankan.

MENARIK PELANGGAN
Pengurus perlu menarik perhatian pelanggan dengan menonjolkan keunggulan tadika. Ini menjadikan pemasaran satu aspek pengurusan yang penting melibatkan pelbagai aktiviti yang dirancang khas.

sebelum merancang aktiviti pemasaran pengurus perlu mempunyai maklumat berikut:

  • kenal pasti siapa pelanggan, tahap pendidikannya dan pekerjaan.
  • perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.
  • anggaran sosioekonomi pelanggan.
  • perkaitan lokasi tadika dan pelanggan.
  • metode bagi menyampaikan maklumat kepada pelanggan.
  • kebaikan dan keistimewaan tadika.
  • persaingan dengan tadika sedia ada.
  • imej tadika yang ingin dikenali.
  • bajet pemasaran.
Menyampaikan maklumat.

Maklumat berkenaan tadika perlu disampaikan kepada pelanggan dengan cara yang tepat, jelas dan senang difahami. Antara stratgi yang boleh digunakan adalah menggunakan iklan melalui bhan bercetak seperti brosur, kain rentang dan media (surat khabar, radio, televisyen). Aktiviti-aktiviti tadika seperti sukan, hari graduan, hari perjumpaan ibu bapa juga  boleh dijadikan saluran pemasaran yang baik erana pada masa-masa itu pengurus dapat berkomunikasi secara langsung dengan ibu bapa. Tadika boleh juga dipromosi secara tidak langsung melalui komuniti ataupun pelanggan lama (mulut ke mulut). 

ini merupakan banner yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami. setiap perkhidmatan yang kami sediakan dan maklumat tambahan terdapat di sini termasuk juga no. telefon yang perlu dihubungi.

Refleksi 7: Pengurus Tadika

Pengurus tadika adalah orang yang penting kerana keseluruhan perjalanan tadika bergantung pada pengurusan yang cekap. Dengan kata lain, beliau adalah pemimpin. Kunci kepada pengurusan tadika yang berkesan adalah ketrampilan pengurus sebagai pemimpin yang baik. Memimpin adalah proses mengarah dan mempengaruhi orang lain dengan menggunakan bakat, maklumat dan kemahiran berinteraksi. pengurus tadika perlu mempunyai kefahaman dan mengamalkan gaya dan ciri kepimpinan yang bersesuaian.

secara amnya terdapat 3 jenis gaya kepimpinan yang boleh diamalkan oleh pengurus tadika iaitu autokratik, free rein dan participative.

Autokratif

  • pengurus ataupun pengusaha yang bersifat autokratif mementingkan kuasa mereka dalam organisasi. Fokus pengurusan adalah lebih pada pelaksanaan tugas daripada perasaan pekerja. Keutamaan adalah pada penyempurnaan tugas yang diberi.
Free rein
  • pengurus yang memimpin secara free rein memberi kebebasan sepenuhnya kepada kakitangan dalam melaksanakan tugas. Pandangan dan penglibatan pekerja memainkan peranan utama dalam penyelesaian tugas.
Participative
  • Pengurus yang mengamalkan gaya ini membuat keputusan bersama-sama kakitanganya. Namun penglibatan kakitangan adalah pada tahap yang berbeza. Pengurus yang cuma mendapatkan pendapat ahlinya sebelum membuat keputusan disebut sebagai pemimpin konsultatif. Sementera pengurus yang mengetuai perbincangan bagi mencapai persetujuan di kalangan ahli dan membuat persetujuan berdasarkan perbincangan adalah pengurus yang bersikap konsensus. Pengurus yang demokratik pula mendengar idea semua ahli dan membuat keputusan berdasarkan undian majoriti.
Setiap gaya kepimpinan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Ciri-ciri seorang pengurus:

Berpengetahuan
  •  Pengurus tadika yang baik perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan segala aspek tugas dan tanggungjawab beliau. Pengetahuan yang ada penting dalam membimbing sumber tenga dalam tadika bergerak ke arah yang sama.
Cekap
  •  kecekapan penting dalam tugas harian pengurus tadika. Pelbagai aspek pengurusan tadika yang perlu ditadbir memerlukan beliau bijak dalam membuat keputusan, pembahagian masa, pembahagian tugas kepada orang bawahan dan dalam menyelesaikan masalah. kecekapan pengurus juga menunjukkan komitmen dan dedikasi beliau dengan tanggungjawab.
Terancang
  •  Segala tuga dan tanggungjawab perlu dirancang terlebih dahulu. Pengurus tadika perlu merancang sebaik-baiknya pelan tindakan yang bakal dilaksanakan. keputusan melaksanakan suatu perkara tidak boleh dibuat tergesa-gesa tanpa perancangan yang sistematik kecuali dalam keadaan yang menuntu pengurus membuat keputusan segera.
Mempercayai
  •  Pengurus tadika sesntiasa memerlukan orang lain sepeti guru dan pembantu guru bagi melengkapkan tugas sedia ada. Pengagihan tugas atau delegasi kerja perlu dijalankan dan pengurus perlu memberi kepercayaan pada setiap kakitangan yang mereka dapat melaksanakan tugasan.
Menghormati
  •  Sebagai organisasi yang memberi perkhidmatan kepada manusia, ciri ini penting dalam memastikan keharmonian suasana bekerja. Sifat menghormati terutama pada pekerja menyakinkan pekerja kepentingan mereka dalam organisasi tadika. Sikap ini menimbulkan rasa hormat pada pengurus itu sendiri. 
Komunikasi dua hala
  • pengurus perlu pandai berkomunikasi dengan kakitangan dalam proses menjalankan tugas supaya wujud kemesraan. komunikasi dua hala perlu wujud supaya pekerja faham dengan kehendak pengurus dan pengurus pula mendengar apa yang ingin disampaikan oleh pekerja. pengurus juga perlu berkomunikasi secara baik dengan kanak-kanak dam ibu bapa bagi memastikan berlaku interaksi yang bermakna.
Memberi galakan dan sokongan.
  • Pengurus perlu sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada kakitangan. selain, dapat meningkatkan motivasi dan  prestasi pekerja, ciri ini juga menunjukkan pengurus mengambil beraty kebajikan dan memahami perasaan pekerja.














Monday, May 14, 2012

Refleksi 6: Plan bangunan Apple Intellegent Center


plan bangunan " Apple Intellegent Center" telah direka oleh Nur Shafiqa. masih dalam pembinaan.


bahagian-bahagian yang terdapat di dalam plan bangunan kami ialah, dewan makan, kelas 0-6 tahun, kelas muzik, taman permainan, kolam renang, dan pelbagai lagi.


ini adalah gambaran di bahagian luar plan bangunan "Apple Intellegent Center"