Tuesday, March 27, 2012

teori-teori kognitif

Jean Piaget
Dalam buku Psikologi Perkembangan, Piaget (1960) berpendapat semua manusia dilahirkan dengan kecederungan secara positif untuk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya. Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda pengetahuan ini diperolehi melaui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat, keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga melalui logikal-matematik yang meliputi nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian. 
Empat konsep utama teori kognitif Piaget ialah skema(schema), penyerapan (assimilation), Pengubahsuaian (accommodation) dan keseimbangan (equilibrium) Ketika umur bayi, mereka mengenali sesuatu objek melalui skema. Dengan kata lain, skema ialah satu struktur kognitif dan struktur kognitif yang terkumpul lebih dari satu akan membentuk skemata. Skemata boleh berubah melalui proses iaitu organisasi. Organisasi bermaksud individu mencantum skemata yang sedia ada untuk membentuk skemata baru yang kompleks. Adaptasi pula ialah perubahan semata-mata semasa menemui sesuatu objek, maklumat dan pengalaman baru melalui assimilasi dan akomodasi.
Piaget menyatakan bahawa pemikiran kanak-kanak terbentuk melalui proses akomodasi dan asimilasasi. Proses asimilisasi ialah satu proses di mana pengetahuan baru yang diterima oleh kanak-kanak di masukkan ke dalam skema pemikiran yang ada dalam kanak-kanak. Proses ini ada berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan lepas. Manakala proses akomodasi ialah satu proses di mana kanak-kanak terpaksa membuat perubahan dan modifikasi kepada skema pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima tidak sepadan dengan skema pemikiran yang lama. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses asimilisasi dan akomodasi.

      Jerom Bruner
Menurut teori perkembangan kognitif oleh Bruner pula, berpendapat bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat simbolik. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebiasaanya belajar melalui peringkat enaktif. Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu untuk memahami berinteraksi dengan persekitarannya. Banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak mudah mempelajari apa sahaja pada peringkat ini. Pada peringkat ini juga kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar melalui alat muzik lebih pantas daripada orang dewasa (Richard, 2004)
Peringkat ikonik pula merupakan peringkat seterusnya dalam perkeambangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu melalui imej atau gambarajah. Menurut Richard Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan. Sebagai contoh, nombor 3 dikaitkan dengan objek yang mempunyai nilai 3. Manakala dalam peringkat simbolik pula kanak-kanak boleh memahami dan belajar melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Bruner (1966) berpendapat bahawa ketiga-tiga peringkat perkembangan kognitif itu tidak boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi berkembang dalam kehidupan seseorang itu.

   Lev Vygotsky
Lev Vygotsky (1896-1934) memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.Menurut Vygotsky, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya.
Kanak-kanak mengikut Vygotsky belajar dari apa yang dipraktikkan. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik beradik, keluarga terdekat dan rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.
Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam komsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

    Ausubel
            Ausubel menyatakan pembelajaran secara resepsi yang bermakna. Pembelajaran secara resepsi bermaksud maklumat yang disusun secara teratur diberikan kepada pelajar. Maklumat yang diperolehi akan disimpan di dalam struktur kognitif. Manakala pembelajaran bermakna adalah satu proses belajar yang mempunyai kesedaran sendiri dan mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Bertentangan dengan pembelajaran resepsi adalah pembelajaran penemuan, iaitu pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dengan sendiri melalui pemikiran analisis, kritis, kreatif, cuba jaya dan celik akal. Menurut Ausubel lagi terdapat dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran perlu ada dalam diri pelajar. Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif dengan pelajaran baru.
Konsep utama teori pembelajaran resepsi yang bermakna ialah dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu sedia ada pelajar. Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif, mengintegrasikan maklumat yang tersusun secara logical dalam bentuk terakhir dengan pengalaman /ilmu yang sedia ada melalui ekspositori.

1 comment:

Reen said...

it was great information.. really helps me in doing my assignment.. thanks :)