Sunday, April 22, 2012

tokoh kurikulum 2: Jean Jacques Rousseau


Rousseau (1712-1778) melihat perkembangan kanak-kanak sebagai suatu proses yang tidak boleh dipaksa ataupun dikawal. menurut Rousseau, pendidikan kanak-kanak ada kaitan dan berasaskan ciri-ciri semula jadi kanak-kanak. berdasarkan teori beliau, perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat iaitu

1. kanak-kanak yang baru lahir hingga lima tahun belajar melalui aktiviti fizikal.
2. kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun belajar melalui penerokaan persekitaran dan pengalaman.

kanak-kanak perlu dibenarkan membesar mengikut rentak adakala laju, adakala lambat dan mengikut kebolehan  semula jadi mereka. peranan guru adalah menyokong kecederungan perkembangan seseorang kanak-kanak, tanpa menukar arah kecederungan ini. guru boleh menggalakkan perkembangan semulajadi kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang kaya dengan pengalaman di samping memberi kasih sayang, penerimaan dan kemesraan.

No comments: