Monday, April 23, 2012

Tokoh kurikulum 4: Friedrich Froebel


Froebel (1782-1852) mengetengahkan konsep " taman kanak-kanak", yang belajar bersama Pestalozzi, berpendapat semua benda dalam dunia berfungsi memenuhi kehendak Tuhan. setiap manusia juga berfungsi memenuhi kehendak ini. mengikut beliau, pendidikan membimbing manusia dan menerimma diri sendiri, serta menyatukannya dengan alam semula jadi dan Tuhan.

Froebel percaya setiap manusia, walaupun masih kecil, perlu dihormati dan dianggap sebagai penting. taman kanak-kanak merupakan suatu taman yang mengaitkan rumah dengan sekolah formal. pada tahun 1837, beliau memulakan program kindergarten yang pertama di Jerman. Taman permainan kanak-kanak ini diwujudkan untuk kanak-kanak berumur empat dan lima tahun, berasaskan konsep "bermain sambil belajar". Taman ini bertujuan menyediakan kanak-kanak bagi memasuki tahun pertama dalam sekolah biasa. Taman ini menyediakan suatu turutan aktiviti yang terancang dan membenarkan kanak-kanak bergerak daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain secara bebas.

froebl percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti pilihan sendiri untuk kanak-kanak. Apabila kanak-kanak memilih sesuatu aktiviti bermain, mereka pasti akan memilih sesuatu yang menggembirakan. Dalam keadaan bermain, secara tidak langsung, kanak-kanak berpeluang melatih kemahiran yang sedang berkembang. Froebel menegaskan dua ciri yang penting dalam pembentukkan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal, iaitu:

1. kebebasan
2. kreativiti

setiap kanak-kanak itu unik, oleh demikian, mereka harus diberi kebebasan memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembanga semasa dan minat mereka. Apabila mereka dibenarkan membuat pilihan sendiri ini, mereka lebih cederung menghasilkan sesuatu yang istimewa dan mengalami proses pembelajaran yang bermakna.

aktiviti bermain adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti bermain yang sesuai membantu kanak-kanak dalam memikirkan perhubungan antara
  • aktiviti kendiri dan soal hidup
  • perbuatan dan pemikiran
  • perwakilan dan pengetahuan
  • pemahaman dengan kebolehan.
Bahan permainan yang beliau namakan 'hadiah' boleh didapati dalam persekitaran semula jadi kanak-kanak. Hadiah tersebut, yang wujud dalam bentuk tiga segi, empat segi, bulat, garis, kiub, silinder dan sfera membantu kanak-kanak meneroka ciri-ciri semula jadi objek dan memahami perhubungan antara objek yang wujud dalam alam sekitar kanak-kanak. Aktiviti berbentuk hadiah seperti blok binaan membantu perkembangan konsep matematik dan corak. Perkembangan konsep melalui hadiah diperkukuhkan oleh 'perkerjaan' seperti melukis, menganyam, menulis puisi ataupun lagu dan aktiviti bercerita dan perbincangan.

froebel membezakan aktiviti berbentuk pekerjaan daripada aktiviti berbentuk hadiah. Aktiviti berbentuk hadiah membantu memahami sesuatu konsep, manakala aktiviti berbentuk pekerjaan membantu kanak-kanak membentuk semula sesuatu idea (dan bukan setakat meniru tanpa berfikir).

menurut Froebel, bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seorang perlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila perhatian dan perasaan ingin tahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung, mereka terdorong belajar sesuatu yang baru. Misalnya, aktiviti menghafal lagu atau pun puisi membantu kemahiran bahasa.


1 comment:

Nilam suhana said...

huhu... Froebel...

cik su. nanti kat link tu buang la kotak ilmu yang link minesueana.blogspot.com satu jer link bleh pakai... belognilam.blogspot.com....