Sunday, May 13, 2012

Tokoh kurikulum 5: Maria Montessori

Montessori merupakan wanita pertama yang berkelulusan dalam bidang perubatan dari sebuah universiti di Itali. Pada tahun 1906, beliau menubuhkan satu sekolah untuk kanak-kanak istimewa, yang terkenal sebagai Sekolah Montessori. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Mengikut beliau, dalam keadaan bermain, kanak-kanak sebenarnya 'bekerja' bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran. Seperti Pestalozzi, beliau juga menyarankan supaya kanak-kanak digalakkan menggunakan alat deria yang sedia ada pada mereka bagi meneroka dan menambah pengetahuan mereka.

Montessori mempercayai kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Oleh yang demikian, satu persekitaran yang lengkap perlu disediakan supaya kanak-kanak dapat menerokainya pada masa dan tahap yang sesuai. Guru merupakan pemudah cara dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Guru menyokong kanak-kanak apabila mereka menunjuk kesediaan mempelajari sesuatu, secara menjawab soalan dan membantu mereka ketika bantuan diperlukan. Guru merupakan pemudah cara sahaja, bukan penentu bentuk ataupun jenis pengajaran yang harus diterima oleh kanak-kanak.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal:
  1. Minda yang mudah menyerap- menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.
  2. Persekitaran yang tersedia-persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila mereka memerlukanya. Bagi tujuan ini, bahan pembelajaran perlu dipilih dan disusun dengan teliti supaya kanak-kanak tertarik menerokai dan menggunakannya mengikut minat dan keperluan perkembangan mereka.
  3. Didikan diri- kanak-kanak mampu menjelas persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.
  4. Terdapat 4 jenis bahan pembelajaran.
    1. Bahan untuk latihan dalam kemahiran hidup: Jagaan fizikal diri dan persekitaran yang membina     kemahiran diri dan membentuk kawalan dalaman, sikap berdikari dan penghargaan kendiri melalui aktiviti yang tersusun dan lengkap.
    2. Bahan sensori: Menggalak penghalusan penggunaan alat deria bagi meningkatkankecerdasan kanak-kanak melalui aktiviti menyusun dan mengumpul misalnya membezakan pelbagai jenis kain.
    3. Bahan akademik seperti pelebagai bahan abjad yang mudah alih bagi menggalakkan kanak-kanak mengenal huruf dan membentuk perkataan.
    4. Bahan seni dan budaya yang dibentuk bagi membantu kanak-kanak menghayati muzik, ritma, lagu dan iraman serta mempelajari pengawalan pergerakkan badan dalam aktiviti menari. mereka juga diajar menggunakan alat muzik dan bahan lukisan.
  5. Tempoh sensitif : Tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.
         Menurut falsafah Montessori:
  1.  Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka
  2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima  maklumat dan konsep tertentu. tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.
  3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.
  4. Kanak-kanak mampu yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabilal dewasa kelak.
  5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenid pembelajaran.
  6. Bahan pembelajaran yang dibentuk oleh montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan "betul diri."
  7. Guru meningkatkan pengetahuan merekka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.
  8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak secara bebas.
  9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.
Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak dari segi:

  • Menumpukan perhatian 
  • Kemahiran memerhati dan meneliti
  • Kesedaran berkenaan susunan dan peraturan
  • Keseimbangan pergerakkan
  • Kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal 
  • Konsep matematik
  • Kemahiran bahasa
  • Kemahiran menulis dan membaca 
  • Kebiasaan dengan seni kreatif
  • Pemahaman berkenaan alam semulajadi 
  • Pengalaman  dan pemahaman berkenaan sains sosial
  • Pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.









No comments: