Monday, May 14, 2012

Refleksi 5: Polisi Apple Intellegent Center



Setiap Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak atau tadika mempunyai polisi mereka yang tersendiri. Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” juga mempunyai polisi yang perlu diikuti oleh kanak-kanak, ibu bapa dan guru yang terlibat dengan Pusat Kecemerlangan ini. Premis ini dibuka pada hari Isnin sehingga hari Jumaat. Pusat Kecemerlangan ini menerima kanak-kanak yang berumur dari 0-6 tahun. Sebagai Pusat Kecemerlangan yang menyediakan pendidikan dari 0-6 tahun, kami menggunakan kurikulum PERMATA dan KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).

Polisi Am
  1. Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa wajib yang perlu digunakan di tadika
  2. Tempoh masa pengajaran dan pembelajaran di Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” adalah tidak kurang daripada 3 jam sehari dan 5 hari seminggu
  3.  Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” menyediakan persekitaran yang baik, selesa, menarik dan berkualiti
  4.   Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “ Apple Intellegent Center ” menyediakan ruang yang cukup dan selesa serta menarik di setiap sudut
  5.  Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “ Apple Intellegent Center ” menyediakan persekitaran yang kondusif iaitu bersih, selamat dan baik
  6.  Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “ Apple Intellegent Center” menyediakan aktiviti atau program luar untuk kanak-kanak
  7. Sebarang cadangan atau idea hendaklah mendapat persetujuan dan kelulusan daripada pengusaha dan Guru Besar

Polisi untuk ibu bapa
1.   Ibu bapa hendaklah mendaftar anak mereka dengan mengisi dan mengesahkan dua salinan borang pendaftaran. Borang pendaftaran mestilah diserahkan kepada Guru Besar atau kerani Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” . Ibu bapa juga boleh mendaftar anak mereka secara online.
2.    Semasa pendaftaran, yuran pendaftaran sebanyak RM300 hendaklah dibayar dan yuran bulanan hendaklah dijelaskan pada setiap bulan.
3.    Yuran bulanan hendaklah dijelaskan secara tunai dan yuran perlu dijelaskan sebelum 6 haribulan pada setiap bulan. Yuran tambahan akan dikenakan ke atas setiap perkhidmatan tambahan yang diambil. Yuran mestilah dijelaskan kepada kerani atau pegawai akaun.
4.   Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” beroperasi dari hari Isnin sehingga hari Jumaat pada setiap minggu bermula dari pukul 7.00 pagi – 7.00 petang.
5.    Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” tidak beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
6.     Ibu bapa hendaklah terlibat dan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan atau dilaksanakan oleh Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center
7.      Ibu bapa hendaklah terlibat dan menyertai Persatuan Ibu bapa dan Guru (Parents & Teachers Associated) seperti aktiviti mesyuarat
8.   Ibu bapa hendaklah memaklumkan setiap masalah yang dihadapi oleh anak mereka seperti masalah alergik kepada pengusaha dan guru
9.    Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center” menggalakkan ibu bapa dalam memberikan sebarang cadangan atau pendapat dan juga bekerjasama dengan guru
10.  Ibu bapa digalakkan untuk membawa bantal dan tilam untuk anak mereka yang berada di pusat jagaan dan taska
11.  Kanak-kanak yang mempunyai kesihatan yang tidak baik dan penyakit berjangkit seperti cacar air, demam campak dan lain-lain TIDAK dibenarkan hadir ke Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center
12.  Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai barang kemas atau membawa alat permainan semasa berada di Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intellegent Center”. Pusat Kecemerlangan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan dan kerosakan barang yang di bawa oleh kanak-kanak



No comments: