Monday, May 14, 2012

Pendekatan behavioris

Pendekatan behavioris ini berasaskan konsep pembelajaran oleh beberapa tokoh seperti pavlov, skinner, dan bandura. Mengikut pendekatan ini, sesuatu pembelajaran kanak-kanak perlu bermatlamat dan dapat diukur secara konkrit. Rancangan pengajaran ini adalah pembentukkan tingkah laku pembelajaran yang berasaskan pengukuhan dan hukuman. Kurikulum yang dibentuk menumpu kepada pencapaian matlamat pembelajaran dan mata pelajaran. Setiap matapelajaran diajar secara berasingan. Sesuatu matapelajaran tidak boleh dikaitan dengan matapelajaran yang lain. Setiap pengajaran merangkumi maklumat baru dan aktiviti yang disusun bagi mengukuhkan matlamat pembelajaran dan membantu penguasan kemahiran tertentu. Tindak balas yang betul akan diberi ganjaran manakala kanak-kanak dikehendaki mengulang sesuatu matapelajaran sehingga mereka berjaya. Kanak-kanak diajar dalam kumpulan kecil. sekolah Distar (Direct instructional) yang dibentuk oleh Bereiter Engelmann (1966) adalah salah satu daripada sekolah yang berasaskan pendekatan behavioris berasaskan falsafah bahawa kanak-kanak belajar secara:

  • Kanak-kanak mempelajari sesuatu selepas berinteraksi dengan persekitarannya.
  • kanak-kanak belajar selepas mereka didedahkan secara berulang-ulang kepada sesuatu rangsangan.
  • kanak-kanak dikehendaki membuat latihan dan kerja sekolah 
  • hasil interaksi (ganjaran atau hukuman ) akan menentukan sama ada sesuatu interaksi diulang ataupun tidak.
  • pengajaran yang paling berkesan terdiri daripada rangsangan yang disusun secara teliti dan memberi ganjaran ataupun hukuman secara terkawal apabila kanak-kanak berjaya ataupun gagal bertindak balas secara sesuai kepada rangsangan tersebut.
  • aktiviti dan bahan pembelajaran terhad kepada matlamat pembelajaran, misalnya papan tulis, alat permainan teka-teki, buku, bahan lukisan, bahan matematik, 



No comments: