Tuesday, May 15, 2012

Refleksi 8: Mengurus Pemasaran

Secara amnya, pemasaran adalah proses menyampaikan maklumat kepada umum dan dalam konteks penubuhan tadika ia merujuk kepada khasnya kepada ibu bapa. Pengurus tadika perlu berpengetahuan berkenaan soal pemasran bagi memastikan tadika mempunyai pelanggan yang dapat menjayakan perniagaan yang dijalankan.

MENARIK PELANGGAN
Pengurus perlu menarik perhatian pelanggan dengan menonjolkan keunggulan tadika. Ini menjadikan pemasaran satu aspek pengurusan yang penting melibatkan pelbagai aktiviti yang dirancang khas.

sebelum merancang aktiviti pemasaran pengurus perlu mempunyai maklumat berikut:

  • kenal pasti siapa pelanggan, tahap pendidikannya dan pekerjaan.
  • perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.
  • anggaran sosioekonomi pelanggan.
  • perkaitan lokasi tadika dan pelanggan.
  • metode bagi menyampaikan maklumat kepada pelanggan.
  • kebaikan dan keistimewaan tadika.
  • persaingan dengan tadika sedia ada.
  • imej tadika yang ingin dikenali.
  • bajet pemasaran.
Menyampaikan maklumat.

Maklumat berkenaan tadika perlu disampaikan kepada pelanggan dengan cara yang tepat, jelas dan senang difahami. Antara stratgi yang boleh digunakan adalah menggunakan iklan melalui bhan bercetak seperti brosur, kain rentang dan media (surat khabar, radio, televisyen). Aktiviti-aktiviti tadika seperti sukan, hari graduan, hari perjumpaan ibu bapa juga  boleh dijadikan saluran pemasaran yang baik erana pada masa-masa itu pengurus dapat berkomunikasi secara langsung dengan ibu bapa. Tadika boleh juga dipromosi secara tidak langsung melalui komuniti ataupun pelanggan lama (mulut ke mulut). 

ini merupakan banner yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami. setiap perkhidmatan yang kami sediakan dan maklumat tambahan terdapat di sini termasuk juga no. telefon yang perlu dihubungi.

No comments: