Sunday, April 22, 2012

tokoh kurikulum kanak-kanak peringkat awal

pengalaman kanak-kanak pada peringkat awal mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan mereka seterusnya pengalaman yang dilalui merangkumi semua aspek perkembangan, iaitu fizikal, intelek, bahasa, sosial, emosi dan nilai. apabila salah satu aspek perkembangan diketepikan, adalah sukar bagi mereka mengatasi kelemahan itu kerana mereka sudah jauh ketinggalan dalam perkembangan tersebut. oleh demikian, kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal perlu seimbang dan memberi peluang kepada kanak-kanak mencapai perkembangan yang menyeluruh.

mengajar kanak-kanak pada peringkat awal berbeza apabila dibandingkan dengan pengajaran pada peringkat sekoleh rendah. di sekolah rendah, seorang guru dikehendaki mengajar secara formal dan sudah ditetapkan mengikut satu silabus. guru kepada kanak-kanak pada peringkat awal perlu bertingkah laku lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. mereka harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai teknik pengajaran mereka mengikut keperluan kanak-kanak tersebut.

terdapat pelbagai falsafah dan pendekatan bagi mengendalikkan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. ahli falsafah yang mempengaruhi pembentukkan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal terdiri daripada John Comenius, Jean Jacques Rousseau, Johan Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel, Maria Montessori, Rachel dan Margaret Mcmillan, Jean Piaget, Howard Gardner dan Lev Semanovich Vygotsky.

No comments: